An eye sees only what it seems
Both eyes, you see thru reality
With one, you only see what you want
With two, truth unveiled with clarity
Short sightedness, blinds you terribly
Eyeing for power, heart filled with greed
The patient two, victims of one which rarely
Think of those suppressed under its feet

Jom mengikuti perkembangan terkini kumpulan Al Masaar...scroll down pleez








   



<< January 2012 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31


Contact Me

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:


rss feed

blogdrive

Apr 10, 2004
Pengenalan

 Dianggotai 6 orang ahli, kumpulan Al-Masaar adalah salah sebuah kumpulan nasyeed yang kini bernaung di bawah Persatuan Penggiat Industri Nasyid Malaysia (PIN), dan adalah juga sebahagian daripada ahli persatuan ini. Kumpulan ini telah ditubuhkan secara rasminya pada tahun 1996 bertempat di negara emas hitam, Kuwait. Al-Masaar menampilkan konsep full harmony choral di dalam lagu-lagu mereka.

Buat masa ini, mereka belum merakamkan sebarang album. Namun keterlibatan mereka di dalam album kompilasi Sirah Junjungan terbitan PIN selaku penerbit bersama di samping Bro Salleh Brotherz (penerbit) sudah cukup membuktikan kemampuan mereka. Juga menyumbangkan suara latar di dalam abum tersebut sebanyak 7 track, antaranya Khabaran Rasul, Wahyu Pertama, Hijrah, Kota Mekah, Risalah, Lafaz Terakhir dan Ya Rabbi Bil Mustofa.

 
 


  Sofyan Mohd Yadi
3 April 1981
  Al Amin Jaminon
22 Feb 1980
  Mohd Affendi Supardi
16 Mac 1979
 

  Muadz Dzulkefly
26 Jul 1979
  Hamzah Kamaruzzaman
14 Jan 1979
  Abdul Aziz Nordin
9 April 1977















 

Posted at 06:00 pm by almasaar
Make a comment

Feb 26, 2004
Al Masaar @ Serikandi Week UIA

06 Feb 2004, bersempena dengan "serikandi nite", adalah tarikh yg telah mentakdirkan Auditorium, Kulliyyah of Architecture and Environmental Design (KAED) dan Cultural Stage @ Riverside menjadi medan perjuangan bagi Al Masaar untuk menyuntikkan nilai-nilai dakwah seni ISLAM ke dalam jiwa penghuni raudhah ilmu dan budi.

Dr. Azmi (Deputy Rector, IIUM), Bro Mokhtar Suhaili (President, Students Representative Council - SRC) dan Sis Husmawati (Executive Director, Srikandi Week 2004) adalah antara VIP yang hadir pada malam tersebut bagi menyaksikan persembahan istimewa daripada Al Masaar di Kulliyyah of Architecture and Environmental Design (KAED),UIA.



Dengan kehadiran penonton yang hampir memenuhi auditorium KAED itu, Al Masaar tetap memberikan persembahan terbaik dengan menyampaikan lagu "Pasrahkan Diri",




Persembahan diteruskan dengan "Pagi yang Cerah".




Slot persembahan Al-Masaar diakhiri dengan "Di Sebalik Tabir" yang disampaikan secara a cappella sehingga membuat sebagian yang hadir menitis air mata.



Selesai persembahan di KAED, Al Masaar bergegas ke riverside iaitu di Cultural Stage, Serikandi Week 2004. Sesampai sahaja di sana, persembahan dari kumpulan MARJAAN baru saja selesai. Sementara menantikan giliran Al Masaar untuk berentap, Cultural Stage dikunjungi oleh kumpulan ASPIRASI yang menunjukkan kepakaran mereka bermain alat muzik yang antaranya terdiri daripada Bonggo, Djembe, Congga, Shaker dan beberapa alat muzik lagi. Kumpulan Al'An diundang naik ke pentas untuk menyampaikan beberapa lagu.

Alhamdulillah kini tibalah pula giliran kumpulan Al Masaar. Al Masaar pada malam itu berlima sahaja sama seperti di KAED juga kerana Bro Effendi tak dapat hadir. Walaubagaimanapun Al Masaar tetap bergandingan sesama mereka menyampaikan "Hijrah" drpd album "Sirah Junjungan", lagu "Pagi yang Cerah" dengan gimik drpd Bro. Hamzah dan seterusnya lagu yang di siarkan klip videonya di TV1 pada hari raya haji yg ke-2 iaitu "Two Eyes" mengandungi maksud tersirat yg sungguh mendalam. Al Masaar pada malam itu; Bro Mu'adz dengan vokal mantap tak terkata membuatkan hadirin terkedu seketika beserta pengeluaran bunyi-bunyi unik, Bro Aziz walaupun kesihatan tak mengizinkan tetapi tetap memberi komitmen yang baik dengan menyampaikan dengan penuh gaya dan perasaan, Bro Hamzah memberi gimik pagi yang cerah dan dibantu oleh Bro Sofyan dan Bro Amin dengan "dum badum badum"nya serta gerak geri kepalanya mengikut beat (seperti kata adik Mu'az Crescendo).

Di akhir persembahan, semua kumpulan nasyid UIA yang ada pada malam tersebut bersama Al Masaar menyanyikan lagu "Rasul Junjungan"

Posted at 06:16 pm by almasaar
Make a comment

Feb 20, 2004
Al Masaar @ Lembah Beringin



Al-Masaar tetap cuba memberikan yang terbaik walaupun lebih baik rasanya kita bawa PA system sendiri di masa akan datang





Bersama-sama penonton-penonton bertuah yang memenangi kuiz "Siapa Berani" Al-Masaar iaitu Sis Syazwani, Sis Sherliza dan Bro Iqbal.


Posted at 06:29 pm by almasaar
Make a comment

Jan 23, 2004
Al Masaar @ Terengganu



Bersungguh-sungguh Al-Masaar buat show. Maklumlah, supaya penonton tak lupakan diorang




Dah abis show, kena la recharge balik tenaga yang dah hilang, betul tak. Jap lagi nak driving balik KL lak

 

Posted at 06:01 pm by almasaar
Make a comment

Jan 7, 2004
Al Masaar @ Langkawi

Pada 7 Januari 2004 (Rabu) yang lalu, Kumpulan MTEC dan Al-Masaar telah bergerak ke Langkawi untuk sesi shooting program hari raya aidil adha terbitan JAKIM dan RTM. Berikut adalah sedikit catatan mereka.

Ahli-ahli kumpulan MTEC dan Al-Masaar mula berhimpun di pejabat PIN jam 5 petang. Jam 9 malam, kesemua isi pejabat PIN berkumpul untuk sesi ‘briefing’ yang dikendalikan oleh Bro. Waie. Sedikit perucapan disampaikan oleh Presiden di mana beliau mengingatkan bahawa kekuatan kita adalah ukhuwwah dan kita sedang melalui waktu susah untuk menyediakan sesuatu yang terbaik untuk ummah ini. Di samping itu, diadakan juga acara penyerahan ‘watikah’ Presiden kepada 11 orang penasyid yang akan berangkat malam itu. Berasaskan sunnah Nabi s.a.w., pemilihan amir-rehlah perlu diadakan, dan bro. muadz_masaar dilantik sebagai ketua trip dibantu oleh brozul_mtec. MTEC dan Al-Masaar bertolak dari Shah Alam menaiki bas ekpsres pada jam 10.30 malam.

8 Januari 2004 (KHAMIS)

Setibanya MTEc dan Al-Masaar di Alor Setar, azan subuh pun berkumandang, lalu solat subuh pun dikerjakan dengan penuh ketaatan. Bas yang dinaiki MTEC dan Al-Masaar tiba di jeti Kuala Perlis jam 8.00 pagi. Tanpa lengah lagi, ketua trip dan pembantunya terus melaksanakan tugas membeli tiket feri ke Langkawi, dan mereka berjaya mendapatkan tiket untuk perjalanan seawal 8.30 pagi. Sementara itu, tiket bas balik ke PIN dibeli juga. Sepanjang sejam perjalanan feri ke Pulau Langkawi, kesemua peserta trip mengambil kesempatan untuk berehat dan menidurkan diri.

MTEC dan Al-Masaar tiba di jeti Kuah pada jam 9.30 pagi, di mana abang Ashri_komando (mewakili Beringin Beach Resort) menyambut ketibaan kami dengan van '12-seaters'nya. Sepanjang perjalanan, abg Ashri_komando rancak bercerita, memang ‘kaw-team’ lah dia nih!

MTEC dan Al-Masaar sampai di Resort dan terus menikmati sarapan pagi yang disediakan. Jadual aktiviti terus diserahkan kepada MTEC dan Al-Masaar oleh pihak JAKIM yang diwakili saudara Salji (Pembantu Penerbit). MTEC dan Al-Masaar sempat berjumpa dengan kak Hasnah (Penerbit) dan krew yang lain. Sejurus selepas makan pagi, kami diarahkan untuk bersedia dalam masa setengah jam untuk ke lokasi penggambaran pertama (belum pun sempat berehat, cuma dapat rasa air-cond chalet yang mencabar iman).

MTEC dan Al-Masaar tiba di Pantai Pasir Tengkorak, Teluk Datai setengah jam lebih awal daripada krew penerbitan. Setelah sampai, sedikit briefing diberikan dan rakaman dimulakan dengan kumpulan MTEC (lagu Prayer of Life). Jam menunjukkan pukul 6.00 petang dan kini tiba giliran Al-Masaar untuk merakam video klip One Dimensional Man. Walaupun dah lewat, penggambaran tetap diteruskan. Sementara menunggu penggambaran Al-Masaar, MTEC mengambil kesempatan emas itu untuk bermandi-manda di pantai berdekatan.

Tepat jam 8.00 malam, MTEC dan Al-Masaar tiba di Beringin Resort dalam keletihan yang tidak dapat digambarkan. Kami terus makan, solat. Latihan lagu-lagu ‘acapella’ untuk hari esok tak dapat dibuat kerana keletihan yang amat sangat. Namun begitu, dengan penuh motivasi walaupun bersengkang mata, MTEC berusaha juga mengadakan sedikit latihan permulaan sambil meminta bantuan daripada Al-Masaar. Alhamdulillah Al-Masaar tak keberatan membantu. Kami di sana memang sering bekerjasama, gitulah lumrah artis-artis nasyeed.com.

9 Januari 2004 (JUMAAT)

Jam 9 pagi, sarapan dijamah dengan penuh ketaatan. Hari ini kami akan ke lokasi kedua, Kereta Kabel. Namun, setibanya kami di lokasi, MTEC dan Al-Masaar diberitahu bahawa penggambaran di atas Gunung Mat Cincang terpaksa dibatalkan kerana keadaan cuaca yang tak mengizinkan. Sebagai alternatif, rakaman hanya dibuat di taman-taman disitu (terdapat seakan sebuah theme park yang menjual cenderahati dsb). Sesi penggambaran dimulakan dengan lagu One Dimensional Man, Al-Masaar. Sementara itu, MTEC membuat persediaan nasyid acapella, Neo Munajat. Terdapat juga artis lain yang membuat rakaman video clip (Bollywood). Tetapi sokongan para pelawat asing terhadap lagu kami juga tak kurang hebat. “These guys are good” kata salah seorang dari mereka.


Jam 3.00 petang, MTEC dan Al-Masaar bergegas ke ‘Cable Car’ yang baru saja dibuka perkidmatannya kerana cuaca yang kurang baik tadi sudah pun reda, angin bayu sepoi-sepoi bahasa bertiup memberi sepenuh ketenangan yang diperlukan (Alhamdulillah, ada jugak rezeki nak naik mende alah tu, nampak tinggi betul…!). Ketinggian laluan kereta kabel ini teramat tinggi, kejap ada bahagian yang naik dengan kecerunan kabel melebihi 45 darjah. Masa itu, tuhan sahaja tahu betapa sebahagian ahli kami benar-benar ‘cramp’ muka dan gayat! Kami tiba di checkpoint pertama pada jam 3.30 petang, penggambaran di pelantar pertama diteruskan dengan lagu MTEC (lagu Prayers of Life). Suasana agak dingin dan sungguh menakjubkan. Ramai pelawat turut mengambil gambar kami dan memberi sokongan. Pukul 4.30 petang, tibalah giliran Al-Masaar pula untuk membuat penggambaran di pelantar kedua (checkpoint kedua) yang sememangnya lebih tinggi.

Lebih kurang jam 6.00 petang, MTEC dan Al-Masaar menuruni kereta kabel untuk pulang. Perlu disebut disini, bahwa untuk penggambaran esok, suatu butik batik telah berbesar hati untuk menaja pakaian kami, sekali dengan cermin mata hitam. Terima kasih kami ucapkan kepada Jelita Anggun kerana sudi menaja pakaian dalam masa yang singkat ini. Kami pulang ke resort sejurus selepas turun dan terus ke Pekan Kuah untuk melakukan aktiviti shopping ringkas. Fauzi_MTEC dan muadz_masaar juga ditemani brozul_mtec sempat ke kafe siber untuk ‘download’ lagu raya (minus 1) yang dikirim En. Ubaida dari Shah Alam tetapi gagal.

MTEC dan Al-Masaar tiba di resort jam 8.00 malam dan tanpa lengah-lengah lagi terus mengecapi nikmat makan malam dan macam biasa sambil-sambil itu buat short post moterm untuk hari ini. Selepas itu, macam biasa juga, masing-masing grup berjumpa dan berbincang untuk hari esok.

10 Januari 2004 (SABTU)

Sambil menikmati sarapan pagi, kami diingatkan bahawa lokasi hari ini adalah di Pearl Harbour (atau Petronas Quay). Setibanya di sana rakaman dimulakan dengan lagu acapella MTEC (New Munajat). Matahari ketika ini benar-benar menegak. Yang sedihnya tiap kali giliran MTEC shooting pastinya waktu itu matahari tegak atas kepala. Apa pun kami redha... Giliran Al-Masaar tiba jam 12.30 tengahari dengan lagu versi a cappella Al-Masaar; Ukhuwwah. Lokasi yang berlatarbelakangkan rumah api ini agak cantik. Rakaman Al-Masaar diteruskan, sebanyak 3 lokasi mini sahaja untuk Al-Masaar hari ini. Lokasi mini terakhir adalah di jeti kapal layar.


Selesai makan malam dan berehat sedikit, ada yang ke pantai menikmati keindahan malam. Fauzi_mtec dan Brozul_mtec ke kafe siber untuk sekali lagi mendapatkan minus one lagu raya tetapi gagal.

11 Januari 2004 (AHAD)

Lokasi terakhir pada hari ini adalah di kawasan Beringin Beach Resort sendiri. Jadi kami tak perlu berpenat menaiki van jauh-jauh. Jam 9 pagi, MTEC dan Al-Masaar melakukan rakaman suara untuk lagu raya secara acapella di salah sebuah chalet yang ada. Semua agak berpuas hati dengan pencapaian masing-masing pagi itu,(first timelah katakan rakam live dengan menggunakan Boom Mic sahaja). Apa pun we have tried our best. Sejurus selepas itu, penggambaran dimulakan dengan MTEC (Iktibar Adha) bertempat di hamparan pantai berhampiran Beringin Beach Resort. Al-Masaar kemudian mengambil back-ground kawasan chalet dan seterusnya di tangga chalet.


Pada jam 2.30 petang, MTEC dan Al-Masaar bersiap sedia untuk jamuan hari raya ‘olok-olok’ sebagai shooting terakhir kami. Majlis diserikan dengan pakaian baju melayu lengkap semua artis dan juge kehadiran pihak yang menaja pakaian batik kami. Kebetulan juga makcik kepada alamin_masaar datang, dan beliau juga turut bersama di majlis itu. Kami berlakon dan bernasyid sehingga habis idea....

Hari ini adalah hari terakhir MTEC dan Al-Masaar di sini. Jam 5.15, MTEC dan Al-Masaar bersiap dan berkemas untuk pulang. Sebelum pulang MTEC dan Al-Masaar sempat berkumpul untuk penutup tak rasmi. Pihak MTEC dan Al-Masaar sendiri yang mengendalikan majlis tersebut. Sebagai penghormatan, MTEC dan Al-Masaar menjemput Kak Hasnah_JAKIM untuk bersama-sama dalam majlis penutup ringkas. Semua saling berterima kasih dan pihak JAKIM khasnya berterima kasih di atas kerjasama dan disiplin mantap yang ditunjukkan. Wakil kedua-dua kumpulan turut berucap. Di kesempatan itu juga, pihak JAKIM mengucapkan terima kasih juga kepada PIN khususnya dan nasyeed.com. Selesai majlis penutup, MTEC dan Al-Masaar bertolak ke jeti Kuah. Sebelum itu, MTEC dan Al-Masaar sempat singgah di kilang coklat D’Langkawi (anjuran abang Ashri_komando), dan kemudiannya bergambar di Dataran Lang.

Jam 6.55 petang. Semua naik feri dan mengucapkan terima kasih kepada abg Ashri_komando yang telah banyak membantu dan memudahkan banyak urusan kami. Di kesempatan itu, sempat juga MTEC dan Al-Masaar menyanyikan lagu "Terima Kasih" untuk abg Ashri_komando secara spontan, siap ngan harmoni sekali. Penumpang-penumpang lain tengok-tengok jugak, MTEC dan Al-Masaar buat selamba je. Ni kan saat-saat penuh emosi....

Seibanya MTEC dan Al-Masaar di jeti Kuala Perlis, solat jama' ditunaikan segera. Kemudian kami cari mana-mana kedai makan yang masih buka untuk makan malam. Bas dijadualkan bertolak pukul 10 malam. Pun begitu, MTEC dan Al-Masaar menaiki bas pada jam 10.30 malam, kerana bas lewat. Pada masa tu jugak, Fendi_masaar diserang migraine (sejenis kesakitan yang... ala korang tau kan??), kasihan beliau.


MTEC dan Al-Masaar tiba di KL pada jam 10 pagi keesokannya, dan kelewatan ini adalah berikutan pertukaran bas akibat kerosakan yang tak dapat dibendung di Kedah. Kasihan team PIN yang menjangkakan ketibaan MTEC dan Al-Masaar pada jam 5 pagi dan sanggup bersengkang mata untuk menyambut ketibaan MTEC dan Al-Masaar di Pudu Raya. Di KL kami berpecah dan bersalam-salaman, masing-masing ke destinasi berbeza, bersama kenangan yang satu.





Posted at 05:55 pm by almasaar
Make a comment

Nov 29, 2003
Our History

Mereka yang pernah menganggotai Al-Masaar merupakan generasi pelajar baru yang belajar di Kuwait selepas daripada peristiwa Perang Teluk 1991-1993. Bermula dari generasi pertama (Sept 1991) hinggalah mereka yang di kalangan generasi selewat tahun 1999. Jangan pelik dan ragu-ragu dengan kenyataan ini tetapi itulah hakikatnya. Jumlah angota Al-Masaar pernah mencapai bilangan 25. Tetapi mengapa berenam sahaja sekarang? Tak panjang ceritanya boleh bacaJ.

Kami rasa ada baiknya dibahagikan perkembangan dan sejarah kumpulan Al-Masaar mengikut tempoh waktu bagi mudah diperincikan, ok kan


Posted at 05:52 pm by almasaar
Make a comment

FASA PENUBUHAN

Tempoh pengajian peringkat Sanawi (menengah) di Kuwait merupakan suatu masa yang singkat bagi setiap individu yang perpeluang mengaji di sana. 5 tahun berada di perantauan telah benar-benar mengajar kami hidup berdikari selain merasakan kemanisan waktu bersama teman-teman yang tiada nilai tandingnya. Pelabagai aktiviti yang dijalankan bersama, dan yang paling manis adalah pabila tali persaudaraan yang dipertemukan Allah ini merentasi negara iaitu negara Malaysia, Singapura, Thailand (Fattani) & Indonesia. Makan sedulang (seplastik) dan bergusti juga bermain bola (riadhah) setiap jumaat itu sudah menjadi rempah ratus yang menyuburkan ukhuwwah ini. Alhamdulillah, kami amat bersyukur dengan peluang ini. 

Memandangkan terdapat perlbagai aktiviti yang disusun abang-abang senior, maka hadirlah IDEA untuk menyerikan majlis dan juga pertemuan kami dengan dendangan nasyid dan irama yang kerap kalinya, begitu menyentuh sukma.

Hal inilah yang telah mempertemukan insan-insan seni dari keempat buah negara ini untuk menyumbang (kadang-kadang tu sumbang juga deh!) . Bermula dengan hanya 10 orang, ia bertambah kepada 13 dan akhirnya 25.

Selain itu, semestinya, kami dan teman-teman lain juga berlakon dan masyaAllah, idea dan skrip yang dipentaskan memang begitu bernas dan terkadang juga futuristik sekali, sehingga ada cadangan ia diperkemas semula untuk tujuan persembahan di tanahair masing-masing (InsyaAllah.. team lakonan pun memang standby aje)

 1.1 ) Pengaruh nasyid dan muzik

Waduuuh! Sudah tentunya yang kami dengar pada ketika itu adalah semua album nasyid yang berada di pasaran terutamanya, Nadamurni (memang masyuk habisss!), The Dzkir (stylo!), Brothers (wah wah) Nahwan Nur (kreatif!), Al-wadi (semangat betul!...) , SMAP Labu (yeah yeah!,) Mirwana (Thats it guys!) dan pelbagai lagi nasyid-nasyid yang kerap menjadi sumber persembahan kami di sana. Moga kalian yang menjayakan lagu-lagu nasyid tersebut akan terus diberkati Allah. Termasuk juga nasyid yang telah sedia ada di sana..( buat Kuwait Guyzingat lagi? Hal turana naltaqi am Annahaa Hmmm memang bergetar jiwa-jiwaJ)dan juga Snada(wow!)

1.2 ) Jenis persembahan yang dipenuhi

Persis dengan semangat sukarelawan yang ada pada kumpulan ini, hampir setiap program Persatuan Pelajar Melayu Kuwait (PPMK) dihidangkan dengan persembahan kami. Selain itu, persembahan di sekolah kami (Maahad Deeni), di Universiti Kuwait, Majlis keramaian, persembahan budaya peringkat nasional dan antarabangsa juga persembahan di kedutaan menjadi tempat-tempat yang lumrah. Apa yang menarik untuk dikongsi, kami jarang sekali menggunakan alat ketuk ketika itu demi menghormati pegangan dan pandangan orang-orang islam di sana yang tidak bersetuju dengan pengunaan demikian. Bagi kami, perbezaan pendapat itu Rahmat, dan usaha dakwah mesti terus berjalanInsyaAllah..


Posted at 05:31 pm by almasaar
Make a comment

FASA PENYESUAIAN

Pada penghujung tahun 1996, lahir Al-Masaar Malaysia dan Al-Masaar Singapura (atas nama kumpulan Al-Manar) hasil daripada tuntutan untuk berbuat demikian memandangkan banyak juga jemputan yang perlu dipenuhi tatkala kami pulang bercuti di tanahair masing-masing. Kedua-dua kumpulan ini terdiri daripada 5 orang. Pokoknya, aktiviti nasyid kami terus giat sekalipun kembalinya kami dari tanah Kuwait (Alhamdulillah)

Tahun 1998 menyaksikan pula batch pertama pelajar-pelajar di sana menamatkan pengajian mereka di Kuwait. Ada yang sambung di Universiti sana dan majoritinya pulang ke halaman kampung masing-masing tak kurang yang dapat melanjutkan pengajian ke Universiti tercinta.UIA dan yang sambung di UIA kebetulan merupakan antara pangasas dan penggerak utama Al-Masaar.

Pada peringkat permulaan, Al-Masaar tetap memenuhi jemputan di dalam kampus sekalipun kami cuma ada 3 orang ahli di sana. Ini telah memaksa kami untuk cuba mempelbagaikan susunan vokal agar ia tidak membosankan malah kerapkali mahukan kelainan dalam penyusunan suara trio ini. Alhamdulillah, nampaknya respon di UIA baik. Kewujudan kumpulan-kumpulan nasyid yang handal-handal di sana ketika itu seperti IntoWeSee, Kawan, Farhan dsb memberi kami motivasi yang secukupnya.

Pengalaman bersama dengan mereka juga banyak di bawah Persatuan Nasyid Club dan juga Gabungan Aspirasi Budaya dan yang lebih manis lagi adalah penggabungan kumpulan-kumpulan ini di bawah nama ASPIRASI yang (ehemmehem..Alhamdulillah) telah merangkul kejuaraan Pertandingan Nasyid Intervarsiti MAKUM sebanyak 3 kali berturut-turut.

Kembali kepada cerita Al-Masaar, kami bertambah kukuh dengan kehadiran 2 junior kami di Kuwait yang sambung belajar di UIA.

2.1 ) PENGARUH NASYID & MUZIK

Sudah tentunya, kami mendengar album-album nasyid kumpulan pioneers dalam bidang ini seperti Raihan, Hijjaz, Rabbani, Brothers dan sebagainya. Waktu ini, banyak kumpulan nasyid yang tumbuh dan dalam diam, Al-Masaar juga berhasrat untuk menghasilkan album sendiri.

Tika ini juga, kami sudah mula dengar muzik-muzik barat berentak R&B, Pop, Ballad terutamanya kumpulan yang memberi penekanan kepada susunan vocal yang baik selain muzik. Kami gemar mendengar Boyz II Men, Az Yet, All for One dan seterusnya Boy Band seperti BSB, NSync, 98 degrees dsb. Ini adalah untuk mengembangkan pemahaman kami terhadap muzik dan vokal yang cukup indah (Tapi jangan khayal dengan liriknya tak tentu pasal pulak). Bagi kami, muzik dan nyanyian itu suatu nikmat Allah yang cukup indah, dan kebolehan menghargai seni ini boleh mendekatkan diri kita padaNya. Tambahan pula, ia adalah suatu kekuatan yang perlu umat Islam miliki untuk mencipta produk yang 2 kali ganda lebih kualiti daripada apa yang sudah tersedia ada pada hari ini..

2.2 ) JENIS PERSEMBAHAN YANG DIPENUHI

Seperti biasa, Walimatul Urus, nyanyian di kampus dan di kolej dan beberapa badan-badan koprat

 


Posted at 04:35 pm by almasaar
Make a comment

FASA KEMATANGAN

Tidak keterlaluan jika kami mengaku bahawa fasa yang terbaru adalah sejurus selepas kami kenal dengan persatuan Penggiat Insdustri Nasyid. Kami sepakat untuk menyumbang tenaga kami di sana, dan akhibatnya, kami berpeluang untuk lebih rapat lagi dengan artis-arits nasyid tanahair terutama ketika nak selesaikan projek Seerah Junjungan (SJ) dan ia merupakan suatu penghormatan bagi kami.

Dalam tempoh ini juga, kami diberi peluang untuk mengisi slot-slot di pelbagai majlis dan waktu. Pendek kata, terdapat banyak yang boleh dipelajari dan tak kurang juga spill overs yang pelbagai.

Apa yang penting adalah, seperti kumpulan-kumpulan yang lain, kami ingin terus belajar dan memperkemas persediaan yang sepatutnya kerana tak lama lagi, maybe kami nak buat album.betul tak..:)

Bersediakah al-masaar untuk menyumbang SESUATU kepada komuniti? Sebab kata hikmah berbunyi, "Sesiapa yang tidak ada sesuatu, masakan bisa memberi sesuatu kepada orang lain...."

Mudah-mudahan...

 


Posted at 04:21 pm by almasaar
Make a comment

Oct 26, 2003
AL-MASAAR KE SINGAPURA


LAPORAN TRIP AL-MASAAR KE SINGAPURA
(FEATURING ONE FAITH)


22-25 Oktober 2003
Respect Ramadhan Campaign 1424H

----------------------------------------------------------

Tema Program:
Volunteerism Everyday

Tarikh:
25hb Oktober 2003

Tempat:
Bersebelahan Whitesand Mall, Pasir Ris, Singapura

Waktu:
1030 am

Jenis persembahan:
Melo-Drama (Penyanyi menyanyi dan berlakon dalam Bahasa Inggeris dalam )

Crowd/ Audience:
Kehadiran menteri-menteri yang berkenaan, pengerusi MUIS, mufti singapura dan wakil-wakil pertubuhan pebagai kaum. Suatu program yang memang untuk awam.

Skrip:
Al-Masaar & One Faith


1st day


Macam biasa, perjalanan bermula dengan doa dan menaiki bas 'Konsortium Ekspres' ke Singapura. Kali ini team persembahan terdiri daripada Grup 'Adek-Abang' Al-Masaar dan One-Faith. Fendi_masaar dan Sofyan_masaar sudah di Kota Singa untuk menerima kehadiran kami. Malam ni Al-Masaar bertolak ke sana. Esok baru One-Faith datang kerana mereka ada exam di UIA. Kami sampai sebelum Subuh, dan terus ke rumah fendi_masaar. Al-Masaar semua hadir kecuali amin_masaar. One_faith membintangi, Lan1Faith, Radziq1faith dan imad1faith.

(INFO 1 : Rumah Fendi_masaar 'baitul-Mahabbah' memang menjadi PORT kami tiap kali sana, dia banyak membantu tambahan pula mak ayah dia yang 'sporting' habis dan memang mengalu-alukan kehadiran 'kawan-kawan Malaysia Fendi'. Maybe ini satu bentuk kesejahteraan yang Fendi dan parents dia dapat kerana Fendi ni anak tunggal. So...Tuhan kita Amat Kaya dan Pengasih kan!)

Hari pertama masih belum sibuk dengan persediaan. Kami rancang untuk buat latihan esok hari. Jadi hari pertama ni, kami ke shopping mall dan pergi jalan-jalan, main game 'arcade' sampai tak larat kemudian balik. Sejurus selepas pulang ke baitul-Mahabbah, One-faith tiba. Malam itu kami berehat.

2nd day


Sesudah 'brunch' dan menikmati mandi tengahari bergilir-gilir kami berbual-bual dengan ikan 'flowerhorn' (lohan) empunya famili Fendi_masaar. Ikan dia cantik, macam juga bilik dan design rumah fendi. Cantik umpama bahasa yang diguna si Lohan itu..bahasa dzikr kepada Tuhan. Kami bergegas untuk brainstorm untuk show kami.

(INFO 2 : Brainstorming session inilah yang paling kritikal. Time inilah, kami cuba open pemikiran kami sehabisnya, cuba menyelami crowd yang bakal ada, berfikir kritis kerana kami semua sepakat untuk memberi hiburan yang terbaik. Tugas kami ada 2. Pertama nak reka cerita dan buat skrip dalam 'english' yang bertemakan 'volunteerism' kedua nak cari/reka lagu acapella yang boleh diselitkan dalam lakonan tu. Brainstorm adalah perlu, semangat untuk membuat perubahan itu juga sama penting.)

Setelah puas cari cerita. Muadz_masaar teringat akan suatu cerita yang pernah dibacanya entah dimana, tetapi begitu menyentuh jiwanya. 'A story about A King'. Setelah ditokok tambah dan dibuat adjustment terutama dengan idea gila-gila grup One-faith ni. Maka siaplah storyboard (jalan cerita kami). Radzlan_One-Faith kemudiannya mengetuai penyiapan skrip 'shakespere'nya. Manakala Al-Masaar try lagu Snada (Da'wah) dan digubah liriknya.

Waktu latihan jam 4 terganggu dengan tayangan cerita hindustan 'Lagaan', Siapa tak tau cerita ini kan! Filem tentang perjuangan orang-orang India untuk kemerdekaan. Dicabar bertaruh dalam permainan kriket yang begitu asing bagi mereka. Taruhannya adalah disebabkan keangkuhan Gabenor Inggeris yang ingin menghina pribumi negara itu dengan menjanjikan kelepasan dari CUKAI sepenuhnya jika mereka boleh mengalahkan team Inggeris, tetapi jika kalah, cukai pertanian mereka digandakan 3 kai ganda!! (Di mana keadilaaaann!)....Ooops terlanjur cerita pasal Lagaan, tetapi nak buat macamana, semua tercegat kat situ setelah di'promote' oleh muadz_masaar. Hmmm (macam tak disiplin je..maybe terlalu bersemangat kot cerita tu, yg dah tengok tu taulaaa kan kan kaaan..:)


(INFO 3: Filem2 di kaca tv memang terlalu banyak, terlalu banyak yang rosak dengan ketidakseimbangan yang pelbagai. Tambah2 ada adegan2 yang tidak syar¡¦ie. Sebagai muslim, kita perlu tetap memerangi perkara yang maksiat itu. Dalam soal industri perfileman, kita hamper tak dpt berbuat demikian. Kita tonton dan hany ingkar dengan hati, lemah betul kanƒ¼. Apepun, Cuba ikuti cerita2 yang banyak mengajar kita sejarah, moral, semangat perjuangan dsb¡K.walaupun terpaksa hadapi adegan2 yg aneh2 itu¡K..hmmm ¡Vboleh tukar channel kan!-)


Akhirnya, latihan ditangguh ke malam harinya. Sebelum latihan, kami dihubungi sahabat lama kami yang merupakan penasihat tak rasmi kumpulan al-masaar iaitu Brother Mohd Bahrul Ulum Buang. Beliau ajak kami ke gelanggang silatnya dan selepas itu makan sup tulang (slurrrppppp!). Kami sempat mempersembahkan satu lagu di gelanggang silat secara spontan untuk majlis kenaikan 'bengkung' Silat Harimau Singapura. Hmm, satu pendedahan buat kami juga.

Latihan bermula jam 1 pagi hingga 3 pagi di bawah blok baitul-Mahabbah. Walaupun sudah lewat, tetapi time itulah yang sempat dan semangat yang ada telah mencengkang mata kami. Malam itu juga merupakan 'ICE-BREAKING' antara kedua-dua kumpulan nasyid ini. Kami berlatih sambil melengkapkan flow lakonan.

3rd day (Sabtu)


Hari ini ada rehearsal pada sebelah tengahari petang. Pada tengahari itu, kami ke rumah Sofyan_masaar untuk persiapan kerana rumah beliau lebih hampir dari tempat kejadian. Latihan dan rehearsal ok dan kami bersedia untuk menghadapi hari esok...... Bagaimana agaknya sambutan? Dapatkah mesej disampaikan? Boleh berjayakah percubaan sulong kami ini....? Itu antara soalan yang berkisar di minda setiap daripada kami. Cuma yang kami yakin, kami dah memberi yang terbaik ketika latihan, mudah mudahan Tuhan membantu, jadi kami hanya perlu berserah dan tawakkal, tak perlu gusar lagi deh:) Malam tu kami sempat tonton vcd bertajuk 'Penggali Kubur', waduh, walaupun cerita agak mengarut tapi punya pengajaran yang besar. Kami jugak dapat 'identify' ada yang penakut di antara kami...hmm sape ye:)

4th Day (Ahad)


Pagi itu kami bersiap dengan pakaian lakonan ala-kampung kami, yang si Raja dengan tengkolok self-made (please refer pic) wah, kira ikut kreativiti yang ter-sempat lah. Baju Al-Masaar memang awal-awal lagi tak dibawa. Apabila 'cue' naik pentas sudah hampir, macam biasa, kami berhimpun dan sekali lagi berserah sepenuhnya pada Allah untuk disampaikan apa yang dihajatkan. Rasa gerun tu memang kuat tetapi kembali surut dengan bacaan doa.

Lakonan jenaka penuh nasihat, sindiran ringan dan lawak dan sesekali hembusan syahdu, diselangi nyanyian selamba acapella dan 'light rapping' begitu menceriakan suasana petang hari itu. Lawak impromptu imad1faith, pekikan serius hambar Lan1faith dan gerak aksi macho Radziq1faith cukup menghiburkan. Akhirnya, yang kita idamkan terserlah didepan mata. Di penghujung persembahan, semua bertepuk tangan tanda terima kasih dan puas. Pada majoriti hadirin muslim, mata mereka berkaca-kaca menampung airmata kegembiraan yang bercampur kesyahduan pada detik petang itu, di tengah-tengah kota singapura. Lagu 'Pasrahkan Diri' melabuhkan detik sayu bersemangat ke pangkal persembahan anak-anak muda ini.

Ternyata hampir semua VIPs datang berjumpa dengan kami, menyatakan sokongan dan apresiasi yang tidak terhingga. Kata mereka, 'Ya, dengan cara inilah anak-anak muda kita dapat ditarik kembali kepada agama.....' Terutama, Presiden MUIS sendiri dan para menteri yang berbangsa melayu yang lain. Geng adek-abang 'Al-Masaar dan One faith hanya dapat menarik nafas lega kerana kami makin yakin dengan jalan ini, jalan dakwah yang pahitnya adalah manis, dan manisnya adalah dua kali ganda manis......alhamdulillah. Mesej telah sampai. Moga ia terus mekar dalam hati-hati hadirin dan kami sendiri¡K.ameen.


Laporan: Mu'adz_masaar
Gambar: Lan_OneFaith

Posted at 04:47 pm by almasaar
Make a comment